My Log Book

www.hrdlog.net

Friday, October 3, 2014

ICOM RS-BA1..Teknologi Memudahkan Perkongsian Transceiver HF

Untuk pengetahuan rakan-rakan. ICOM sejak 2006 lagi telah memperkenalkan RS-BA1 sebagai perisian berbayar yang memberi nilai tambah kepada pemilik ICOM All-bander All-Mode HF. ICOM sangat menjaga imej dan kualiti produk yang dihasilkan kerana ianya berbayar…dari segi interface dan friendly use..Ianya amat wajib digunakan untuk mengoperasikan Digital RTTY dan mengawal transceiver dari jauh sama ada dari pejabat mahupun rumah melalui WiFi dan Internet Gateway
Terbuka semula untuk menceritakan dan menawarkan kepada rakan-rakan yang berminat untuk mendalami sistem REMOTE dari IP address untuk pemilik radio ICOM yang mahukan kelainan di hamshack mahupun mahukan remote dari jauh untuk equipment HF anda Dengan pra ujian semula yang dilakukan oleh bang Namie 9W2GSG bersama saya baru-baru ini ke atas IC-7200 milik beliau saya mendapati USB interface juga sudah boleh diremote dengan baik tanpa masalah bug berbanding v 1.0 yang memaparkan crash ketika connecting USB Serial.Ini boleh dicapai dengan meng-upgrade RS-BA1 ke version V.1.30 ke atas. RS-BA1 adalah perisian inovatif yang mempunyai persamaan dengan ARCP Kenwood dan sistem Sky-Command yang hanya dimiliki oleh transceiver Kenwood
Transceiver HF All Band All Mode ICOM yang juga boleh menggunakan RS-BA1 dengan cemerlang haruslah mempunyai CI-V Level Converter yang boleh dibina sendiri mahupun membelinya dari ICOM
Untuk Membina CI-V Level Converter boleh refer kepada diagram ini
Untuk mencuba sebarang ujikaji perisian RS-BA1 boleh lah emailkan kepada saya di 9w2orb@gmail

Muka Depan