My Log Book

www.hrdlog.net

Sunday, November 28, 2010

Facebook oh Facebook!!!!



Assalamualaikum buat rakan semua...pada masa kini semua rakan ham sudah pastinya mempunyai akaun Facebook untuk berhubung sesama sendiri...tidak dinafikan facebook merupakan medium perhubungan yang pantas lagi efisyen yang tak dapat disangkal lagi...dengan melanggan internet semurah RM38 di rumah...Facebook begitu mudah dilayari tanpa caj tersembunyi....tetapi saya pasti banyak rakan tahu siapa pemilik Facebook dan dimanakah sumber kewangan tersebut akan disalurkan...dan kita lihatlah sendiri dari keratan majalah Al-Islam keluaran September 2009 ini sendiri......bagi saya no comment.....sebab saya pun tak buat akaun Facebook lagi...mungkin nantilah...tumpang orang sahaja....






UPDATED :RAKAN BOLEH MENCARI SAYA DI FACEBOOK DENGAN PANGGILAN ONTARIO ROMEO BRAVO...TQ

Thursday, October 14, 2010

Antenna Baru untuk Base di Labu Besar


Salam...lama tak ketemu rakan di laman maya ini...baru-baru ini saya telah membeli satu antenna double stepp Astra dari Pak Mail 9W2DGW dengan harga RM1XX lengkap dengan kabel RG-58 sepanjang 19 meter bersama dengan connector UHF dan telah memasangnya di ketinggian 20 kaki sahaja...pelbagai percubaan memancar telah dilakukan dengan antenna ini dan saya amat berpuas hati kerana berjaya simplex kepada rakan di Pendang dan Parit Buntar dengan hanya 2 Watt dan maksimum 5 watt menggunakan handy Yaesu FT270R kesayangan saya tu...walaupun handy itu handy sulung saya.....walaupun watt agak sedikit berbanding dengan kotak hitam untuk tujuan memancar dan juga ketinggian antenna cuma 20 kaki...tak sangka dapat juga memancar ke Pendang sekadar 2 watt sahaja dapat berQSO dengan Bang Kri 9W2KKB yang juga sedang berQSO dengan Pak Mail sendiri...tetapi yang anehnya kenapa rakan di Kulim tidak dapat menerima pancaran dari saya sedangkan saya berada berdekatan dengan rakan ham Kulim...termasuklah Pak Mail sendiri dan Cikgu Ya 9W2JZS tidak dapat menerima dan saya juga tidak dapat menerima pancaran mereka...mungkin begitu banyak halangan untuk saya berkomunikasi dengan mereka atau ketinggian antenna saya tidak mencukupi...sekadar 20 kaki tak memadai....tak mengapa rakan...ada bajet sikit saya akan usahakan yang terbaik untuk memancar ke Kulim...walaupun tak dapat memancar saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih terutama CIkgu Ya dan Pak Mail kerana sudi melapangkan masa bersama rakan baru seperti saya ini yang inginkan untuk bersama dengan rakan ham Kulim...apa-apapun antenna Astra Double Stepp buatan tangan Pak Mail memang raksasa pemancaran...hehehe...jangan marah ye Pak Mail



Thursday, August 19, 2010

Merealisasikan Bracket Berkunci

Selepas Spray Hitam


Sebelum Di spray dengan spray Hitam





Pelan Perancangan Bracket Berkunci

Assalamualaikum, bertemu lagi kita di laman maya ni lagi....buat rakan-rakan...saya pertama kali ini telah melakar satu lock braket yang telah saya temui di Pekan Baling baru-baru ini dan jalopynya tidak diketahui pemiliknya kerana tiada callsign ber sticker ditemui di jalopy...melihatkan warna jalopy mungkin milik pengutakuasa atau renjer hutan...set rignya tak beranilah jengok sebab orang ramai tengok semacam...nanti dikatakan saya nih pencuri....apa-apa pun saya terpegun dengan satu lock bracket yang boleh menjamin keselamatan antenna ketika kita meninggalkan jalopy di tempat sunyi atau tempat awam tanpa perlu mencabutnya....sesiapa nak cuba buat leh lah try...saya dah buat tapi tak berapa jadi sebab hanya guna zink dan ianya mula berkarat......


Tuesday, July 20, 2010

HamFest Malaysia 2010




Kenyataan Akhbar 13/07/10
1. Hamfest Malaysia 2010 akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 July dan 1 August 2010. Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada orangramai berkenaan dengan konsep pengunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia.


2. Festival ini akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF.

3. Sesi penerangan daripada agensi-agensi kerajaan akan diatur untuk memberi penerangan lanjut kepada pengunjung-pengunjung mengenai peraturan-peraturan pengunaan Radio Amatur di Malaysia. Sesi penerangan oleh Syarikat pengeluar sistem Radio Dua-hala seperti Yaesu, Kenwood dan juga Icom akan turut dilangsungkan.


4. Pameran pengunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti PDRM, JPAM, BOMBA, ATM dan juga SMART akan turut diadakan di Tapak Perkemahaan berdekataan dengan lokasi utama pameran.


5. Aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh pengunjung adalah seperti berikut:
a. Aktiviti Skill-Stations – Pengenalan kepada Radio Komunikasi, Berkomunikasi di frekunsi VHF dan HF. Menaikan antenna diapole HF, Mempelajari teknik navigasi dan bacaan peta. b. Fox Hunting – Mencari lokasi pemancar beacon dengan menggunakan teknik pencarian melalui Radio Dua-Hala. c. Distance Contact Contest (DX COntest) – Mendapatkan contact rakan-rakan Amatur di seluruh dunia.

6. Hamfest Malaysia 2010 juga dibuka kepada orangramai dan murid-murid sekolah. Kerjasama dengan Kementerian Pelajaran akan dilakukan untuk membolehkan ianya dihadiri oleh murid-murid semasa waktu persekolahan.

7. Maklumat lanjut:
Lokasi : Tapak Menara Kuala Lumpur

Tarikh : 30-31 Julai dan 1 August 2010

Laman web : www.hamfest.my

Penganjur : 9W2GOD - Azli Paat (0193398905 – azlipaat@gmail.com)

Penasihat : 9M2YRS - (Pak Yob) ABD RASID AHMAD SIDEK
:
9M2NM - Nordin Abu Mangsor - 0129455180
:
9M2RS - Hj. Rashid Sultan - 0193362595

Urusetia : 9W2XLT - LT. (B) Khairul Annuar ( 014 2256729 )

9W2OOS - Sallehudin Hashim (0162188393)
9WJQQ - Pak Razif (0176517800)

9W2SFU - (SIFU) Amiruddin Fansari (0173019123)

9W2LST - Azle (0126649857)
9W2BCT - Aswadi (0163111528)
9W2NDS - Nazri (0173312017)

Sunday, July 11, 2010

Salam Perkenalan Buat Warga Blogger dan Ham

Assalamualaikum dan Salam Perdana....saya handle Rahman berasal dari Labu Besar dan mula menceburi ham radio sejak kebelakangan ini..ianya menarik minat saya sejak 2 tahun lepas dengan meihat beberapa jalopy berkonvoi dan beramah mesra dengan orang ramai disamping memaparkan kebolehan warga ham untuk berkomunikasi melalui udara.....didalam warga Ham inilah terbentuk komuniti dan rakan samada jauh atau berdekatan...Semestinya seronok bila ada sifu dan rakan untuk diajak berbual walaupun tak kenal rupa dan identiti.......QRT ...73

Muka Depan