My Log Book

www.hrdlog.net

Friday, October 3, 2014

ICOM RS-BA1..Teknologi Memudahkan Perkongsian Transceiver HF

Untuk pengetahuan rakan-rakan. ICOM sejak 2006 lagi telah memperkenalkan RS-BA1 sebagai perisian berbayar yang memberi nilai tambah kepada pemilik ICOM All-bander All-Mode HF. ICOM sangat menjaga imej dan kualiti produk yang dihasilkan kerana ianya berbayar…dari segi interface dan friendly use..Ianya amat wajib digunakan untuk mengoperasikan Digital RTTY dan mengawal transceiver dari jauh sama ada dari pejabat mahupun rumah melalui WiFi dan Internet Gateway
Terbuka semula untuk menceritakan dan menawarkan kepada rakan-rakan yang berminat untuk mendalami sistem REMOTE dari IP address untuk pemilik radio ICOM yang mahukan kelainan di hamshack mahupun mahukan remote dari jauh untuk equipment HF anda Dengan pra ujian semula yang dilakukan oleh bang Namie 9W2GSG bersama saya baru-baru ini ke atas IC-7200 milik beliau saya mendapati USB interface juga sudah boleh diremote dengan baik tanpa masalah bug berbanding v 1.0 yang memaparkan crash ketika connecting USB Serial.Ini boleh dicapai dengan meng-upgrade RS-BA1 ke version V.1.30 ke atas. RS-BA1 adalah perisian inovatif yang mempunyai persamaan dengan ARCP Kenwood dan sistem Sky-Command yang hanya dimiliki oleh transceiver Kenwood
Transceiver HF All Band All Mode ICOM yang juga boleh menggunakan RS-BA1 dengan cemerlang haruslah mempunyai CI-V Level Converter yang boleh dibina sendiri mahupun membelinya dari ICOM
Untuk Membina CI-V Level Converter boleh refer kepada diagram ini
Untuk mencuba sebarang ujikaji perisian RS-BA1 boleh lah emailkan kepada saya di 9w2orb@gmail

Wednesday, August 3, 2011

KEMERDEKAAN : Apa Yang Generasi Sekarang Perlu Tahu

Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 merupakan saat bermulanya penentangan orang Melayu terhadap penjajahan kuasa luar. Selepas Belanda mengalahkan Portugis dan menduduki Melaka pada tahun 1641, perjuangan menentang penjajah oleh pemerintah dan rakyat tempatan berterusan seperti yang berlaku di Naning, Kuala Perak, Riau dan Kuala Selangor. Pada ketika ini, lahirlah tokoh seperti Raja Haji yang bangun berjuang dalam tahun 1784 menentang Belanda sehingga beliau akhirnya terkorban di Telok Ketapang.

Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti Penghulu Dol Said di Naning, Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti dan Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong, Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor dan Sultan Abdullah di Perak, Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Raja Mahadi di Selangor, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Moris, Tunku Kudin dan Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap, Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak serta Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah. Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung.

Gelombang pertama seawal abad ke-20 menyaksikan pertukaran wacana penentangan terhadap kuasa asing dengan menggunakan mata pena. Arus kebangkitan nasionalisme pada peringkat awal dipelopori oleh tokoh-tokoh lepasan pengajian tinggi di Timur Tengah sekitar abad ke-20. Antaranya, Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Al-Hadi, Sheik Muhammad Akil, Sheikh Awad Saidin dan Haji Abas Taha. Pelbagai akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Neracha, Warta Malaya, Al-Ikhwan, Saudara dan lain-lain telah diterbitkan.
Kemunculan tokoh-tokoh agama ini diikuti pula oleh beberapa orang tokoh dari kalangan guru, wartawan serta pejuang bahasa dan sastera seperti Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Harun Muhammad Amin, Abdul Hadi bin Hassan, Burhanuddin Al-Helmi dan Abdul Rahim Kajai. Dalam perkembangan seterusnya menyaksikan beberapa buah parti politik dan persatuan yang ditubuhkan bagi melahirkan gerakan penentangan yang lebih bersepadu.

Serangan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada bulan Disember 1941 dan pendudukan Jepun secara keseluruhannya di Tanah Melayu bermula Februari 1942 hingga September 1945 telah meninggalkan kesan dan pengalaman yang pahit kepada seluruh penduduk di negara ini. Mereka menjadi lebih peka dan sedar terhadap persekitaran dan perkembangan yang berlaku. Jepun turut menyemaikan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah Melayu supaya membenci British melalui cerapan ideologi ’Asia Untuk Asia’.

Arus kebangkitan semangat nasionalisme peringkat kedua telah diperlihatkan melalui gerakan penentangan hebat terhadap Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada 1 April 1946 setelah British mengambil alih semula pentadbiran Tanah Melayu dari tangan Jepun. Penubuhan PEKEMBAR (UMNO) pada 11 Mei 1946 menggabungkan suara pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk bangkit menentang Malayan Union. Penentangan secara bersepadu ini telah membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948.

Perubahan pucuk pimpinan UMNO dari Dato’ Onn kepada Tunku Abdul Rahman
dilihat sebagai permulaan arus kebangkitan nasionalisme peringkat ketiga iaitu perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Serentak itu, slogan ’Hidup Melayu’ diubah kepada ’Merdeka’ sesuai dengan perubahan matlamat perjuangan UMNO. Sebagaimana ucapan Tunku Abdul Rahman Putra di Persidangan Agong Pemuda UMNO pada 3 April 1953, ”cogan Hidup Melayu bermakna kita sedia duduk di bawah naungan British dan berjuang untuk menyelamatkan kedudukan bangsa kita serta merebut kelebihan bangsa kita dengan belas rahim British. Tetapi slogan Merdeka itu bermakna kita bebaskan diri kita dari naungan British dan berdiri di atas kaki kita sendiri. Bagi menyelamat dan mendapatkan kelebihan-kelebihan untuk bangsa kita, terpulanglah kepada kita sendiri dan tidak lagi berharapkan belas rahim British lagi”.

Perjuangan menuntut kemerdekaan diperteguhkan dengan permuafakatan melalui PERIKATAN di antara orang-orang Melayu, Cina dan India di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Paduan tenaga setiap golongan masyarakat dalam ruang lingkup yang tersendiri seperti guru, wartawan dan penulis, ahli-ahli politik dan juga pihak istana semakin membakar semangat dan memperteguhkan lagi tekad untuk segera mendapatkan kemerdekaan bagi negara ini.

Berbekalkan perpaduan suara rakyat dan desakan-desakan para pejuang maka pada awal tahun 1956, rombongan merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah berangkat ke London bagi mengadakan rundingan dengan pihak British. Rundingan ini membawa kepada termeterainya perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956. Kepulangan rombongan ini disambut meriah di Melaka. Padang Banda Hilir, Melaka menjadi saksi pada 20 Februari 1956 apabila Tunku mengisytiharkan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan negara amat unik kerana ia dicapai melalui meja rundingan tanpa melibatkan penumpahan darah.

Nyatalah, kemerdekaan yang dikecapi kini perlu dipertahankan kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Perjuangan menuntut kemerdekaan negara terpaksa melalui ranjau penuh duri dalam tempoh yang amat panjang. Justeru, semangat dan pengorbanan para pejuang lalu perlu dijadikan wadah untuk kita menghadapi cabaran mendatang demi mengekalkan maruah dan kedaulatan negara tercinta.


SUMBER : Jabatan Arkib Negara

Tuesday, February 22, 2011

Reset Semula Frequency HT Sender 941H Kepada 136.000Mhz – 174.975Mhz


Salam..baru-baru ini saya telah berQSO dengan rakan ham di HS9 dan bertanyakan rahsia bagaimana nak reset semula Sender 941H / K yang dikatakan selalu bertukar kepada penggunaan terhad 144-145Mhz sahaja...atau Factory Setting....mereka sebenarnya agak sukar nak ajar tapi paksa-paksa dan pujuk-pujuk last sekali terpaksa ajarkan juga lah...sesiapa yang mengalami masalah tak leh transmit 146-148Mhz leh guna cara ini untuk dapatkan semula frequency Sender SD 941H yang berlegar dekat 136.000 – 174.975 MHz.....cara ini juga hampir sama untuk Sender yang lain

Persediaan


Caj Bateri Sender 941H penuh-penuh dulu


Langkah-Langkah


OFF kan Handy anda (Sender 941H ) itu dahulu

---------------------------------------------------------------1

Tekan keyboard FUN + tekan PTT + dan ON serentak

---------------------------------------------------------------2

Lepas tu screen LCD akan tunjuk SET....

---------------------------------------------------------------3

Taip password ini 771081

---------------------------------------------------------------4

Lepas itu ianya akan keluar perkataan Press 1 untuk OPEN fequency (136.000 – 174.975Mhz) atau Press 2 kalau tak berminat nak main kat frequency (136.000 – 174.975Mhz)

---------------------------------------------------------------5

PILIH 1 lah ...mana lah ada yang pilih PILIHAN 2 tu ye

---------------------------------------------------------------6

OFF / ON semula Sender anda..untuk restart


UPDATE: Cara ini juga berkesan kepada handy jenama Spender dan Sender yang ada keypad FUN atau Function...


Ok...selamat mencuba resepi ini...bye-bye.....73s

Tuesday, January 25, 2011

Ham Radio Deluxe...Menarik atau Sekadar Kosmetik




Puhh...lama tak post...sejak dok main blog nih...idea tak mau mai kat kepala tapi bila dok selongkar internet nih jumpaklah info menarik mengenai rig HF boleh dikawal dari PC cam Echolink gak...tapi tak sama pun....hehehe...Echolink guna internet untuk berhubung tapi software Ham Radio Deluxe gunanya nak control rig HF yang support PC manage able dari lah CAT Cable hinggalah Serial port...Ham Radio Deluxe juga support rig lain kemungkinan bukan HF mungkin dual band pun boleh contoh seperti di bawah nih

ELECRAFT
K2, K3

FLEX CRAFT
SDR-1000, SDR-5000

ICOM
IC-7000, IC-703, IC-706, IC-706MkII, IC-706MkIIG, IC-707, IC-718, IC-725, IC-726, IC-728, IC-729, IC-735, IC-736, IC-737, IC-738, IC-7400, IC-746, IC-746Pro, IC-751A, IC-751A (Piexx), IC-756, IC-756Pro, IC-756ProII, IC-756ProIII, IC-761, IC-765, IC-7700, IC-775DSP, IC-7800, IC-781, IC-821H, IC-910H, IC-R10, IC-R20, IC-R7000, IC-R75, IC-R8500, IC-R9000, PCR-1000

KENWOOD
R-5000, TS-140S, TS-2000, TS-440S, TS-450S, TS-480, TS-50S, TS-570, TS-60S, TS-680S, TS-690S, TS-790, TS-850, TS-870, TS-940S, TS-950, TS-B2000

TEN-TEC
Argonaut, Jupiter, OMNI VII (Radio), OMNI VII (Remote), Orion, RX-350

YAESU
FT-100, FT-1000D, FT-1000MP MkV, FT-600, FT-817, FT-840, FT-847, FT-857, FT-890, FT-897, FT-900, FT-920, FT-990, FT-2000, FT-450, FT-950, FTDX-9000

Yang Paling Penting perisian nih percuma...kalau ianya komersial...mahal gila lah kot...paling best software nih kalau guna kat kenwood yang harga RM3800 cam tuh....Yaesu dan ICOM lagilah best...nanti bila mampu perkena HF nak try tgklah guna software nih...rakan yang ada rig HF dan ada CAT Cable atau mana-mana interface yang leh connect PC cuba try tgk guna software nih...mungkin audio yang lemah boleh ditingkatkan dan noisy QRM sewaktu LSB atau SSB mode boleh dikurangkan oleh software nih...belum cuba belum tau...hehehe....

Link Website

http://www.ham-radio-deluxe.com

Link Download HRD bukan BETA

http://www.ham-radio-deluxe.com/HRDv4.aspx

Sunday, November 28, 2010

Facebook oh Facebook!!!!



Assalamualaikum buat rakan semua...pada masa kini semua rakan ham sudah pastinya mempunyai akaun Facebook untuk berhubung sesama sendiri...tidak dinafikan facebook merupakan medium perhubungan yang pantas lagi efisyen yang tak dapat disangkal lagi...dengan melanggan internet semurah RM38 di rumah...Facebook begitu mudah dilayari tanpa caj tersembunyi....tetapi saya pasti banyak rakan tahu siapa pemilik Facebook dan dimanakah sumber kewangan tersebut akan disalurkan...dan kita lihatlah sendiri dari keratan majalah Al-Islam keluaran September 2009 ini sendiri......bagi saya no comment.....sebab saya pun tak buat akaun Facebook lagi...mungkin nantilah...tumpang orang sahaja....






UPDATED :RAKAN BOLEH MENCARI SAYA DI FACEBOOK DENGAN PANGGILAN ONTARIO ROMEO BRAVO...TQ

Thursday, October 14, 2010

Antenna Baru untuk Base di Labu Besar


Salam...lama tak ketemu rakan di laman maya ini...baru-baru ini saya telah membeli satu antenna double stepp Astra dari Pak Mail 9W2DGW dengan harga RM1XX lengkap dengan kabel RG-58 sepanjang 19 meter bersama dengan connector UHF dan telah memasangnya di ketinggian 20 kaki sahaja...pelbagai percubaan memancar telah dilakukan dengan antenna ini dan saya amat berpuas hati kerana berjaya simplex kepada rakan di Pendang dan Parit Buntar dengan hanya 2 Watt dan maksimum 5 watt menggunakan handy Yaesu FT270R kesayangan saya tu...walaupun handy itu handy sulung saya.....walaupun watt agak sedikit berbanding dengan kotak hitam untuk tujuan memancar dan juga ketinggian antenna cuma 20 kaki...tak sangka dapat juga memancar ke Pendang sekadar 2 watt sahaja dapat berQSO dengan Bang Kri 9W2KKB yang juga sedang berQSO dengan Pak Mail sendiri...tetapi yang anehnya kenapa rakan di Kulim tidak dapat menerima pancaran dari saya sedangkan saya berada berdekatan dengan rakan ham Kulim...termasuklah Pak Mail sendiri dan Cikgu Ya 9W2JZS tidak dapat menerima dan saya juga tidak dapat menerima pancaran mereka...mungkin begitu banyak halangan untuk saya berkomunikasi dengan mereka atau ketinggian antenna saya tidak mencukupi...sekadar 20 kaki tak memadai....tak mengapa rakan...ada bajet sikit saya akan usahakan yang terbaik untuk memancar ke Kulim...walaupun tak dapat memancar saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih terutama CIkgu Ya dan Pak Mail kerana sudi melapangkan masa bersama rakan baru seperti saya ini yang inginkan untuk bersama dengan rakan ham Kulim...apa-apapun antenna Astra Double Stepp buatan tangan Pak Mail memang raksasa pemancaran...hehehe...jangan marah ye Pak Mail



Thursday, August 19, 2010

Merealisasikan Bracket Berkunci

Selepas Spray Hitam


Sebelum Di spray dengan spray Hitam





Pelan Perancangan Bracket Berkunci

Assalamualaikum, bertemu lagi kita di laman maya ni lagi....buat rakan-rakan...saya pertama kali ini telah melakar satu lock braket yang telah saya temui di Pekan Baling baru-baru ini dan jalopynya tidak diketahui pemiliknya kerana tiada callsign ber sticker ditemui di jalopy...melihatkan warna jalopy mungkin milik pengutakuasa atau renjer hutan...set rignya tak beranilah jengok sebab orang ramai tengok semacam...nanti dikatakan saya nih pencuri....apa-apa pun saya terpegun dengan satu lock bracket yang boleh menjamin keselamatan antenna ketika kita meninggalkan jalopy di tempat sunyi atau tempat awam tanpa perlu mencabutnya....sesiapa nak cuba buat leh lah try...saya dah buat tapi tak berapa jadi sebab hanya guna zink dan ianya mula berkarat......


Muka Depan